
Seorang perempuan yang kehilangan suami akibat satu pembunuhan. Seorang adik lelaki yang kehilangan kakak yang mati dibunuh dengan kejam. Mereka mungkin berbeza dalam segalanya, tetapi mereka sama dalam satu perkara iaitu memahami perasaan 'kehilangan'. Apabila bertemu, mereka merasakan bahawa seoalah-olah sebelah bahu yang sudah terkulai, disambut, dipasang dan diletakkan kembali di tempat asal. Bagi mereka itu cinta : Memahami.
Tapi sejauhmanakah memori kehilangan itu boleh terhapus terus dalam kehidupan? Tragedi hitam yang pernah menghantui hidup menyebabkan setiap pergerakkan untuk bergerak ke hadapan itu terbatas. Untuk istilah yang kita namakan 'move on' itu adakah benar-benar 'move on'? Atau cinta yang kononnya kita faham sebagai cinta hanya sekadar escapism untuk keluar dan berehat sebentar untuk merasa keindahan pelangi, kemudian kembali melihat semula mendung hitam.
Setiap memori sama ada hitam atau putih, ia tetap ada. Sebab dia telah tercipta. Dia tak pernah hilang. Melainkan kita mahu ia hilang. Hampir tiada manusia yang mahu terus hidup dan dihenyak oleh kenangan pahit, tetapi ada yang mahu terus di situ. Kerana mungkin kenangan pahit itu adalah yang paling manis pernah dia ada.
Personal Effects lakonan Michelle Pfeiffer dan Ashton Kutcher buat aku melihat bagaimana untuk menghargai setiap memori yang hadir dalam hidup. Juga bagaimana belajar untuk pulih daripada igauan mimpi-mimpi sedih yang pernah hinggap dalam lipatan sejarah kehidupan. Dan menganggap kehilangan sebagai suatu ketentuan. Yang pasti akan tumbuh pertemuan lain, demi pertemuan. Yang menjanjikan kebahagian.
Jangan pernah merasa kehilangan. Kerana kita tak pernah kehilangan apa-apa.
*Bonus : SOT dalam filem ini kena cari. Meruntun jiwa. Juga jika mahu lihat watak perempuan tua yang hot. Michelle Pfeiffer hot gila! Aku juga terpesona.
"This is more about waiting for someone you know will never come back. About that time spent waiting. And the people you meet in the waiting room" - my fave quote in personal effect
Hi, it's a very great blog.
ReplyDeleteI could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!