Friday, May 29, 2009

ne me quite pas


setiap org mempunyai ceritanya tersendiri...tentang kehidupan samada yang baik ataupun buruk... filem ini mengisahkan tentang edith piaf (mungkin tidak dikenali sangat disini). tentang perjalanan hidupnya yang penuh dgn pahit getir. terlalu tragis liku-liku kehidupan yang di harunginya dan filem ini memberi gambaran tentang kebetulan yang berlaku dan membentuk jati diri seorang penyanyi yang tersohor pada zaman 40'an ini.

dalam filem ini, marion cotillard adalah edith piaf. keberkesanan hasil lakonan marion telah mengangkat filem ini sebagai satu karya biography yang sangat bagus. penyusunan plot dan jalan cerita yang benar2 membawa penonton menyelami tentang kehidupan edith piaf.

*3-4 tahun sudah, aku ada dgr lagu "ne me quite pas" yang dinyanyikan oleh edith piaf. walaupun bukan lagu original dia (original singer - jacques brel) lagu ni mmg kena dgn dia. byk org cover lagu ni tapi versi edith piaf tu la yg the best.

*first film yg ada marion cotillard yang aku tgk...Taxi (cerita aksi french yg ditulis oleh luc besson...bodo cerita ni) tapi aku suka dia dlm filem "jeux d' enfants".

Thursday, May 21, 2009

bogel!


aku hanya ingat cebisan-cebisan situasi didalm filem ini. dikeluarkan pada tahun 1994. seingat aku, aku tonton filem ini pada tahun 97-98. filem ini menjelaskan tentang kehidupan seorang lelaki dan hubungannya dengan seorang perempuan. filem ini memaparkan ranjau kehidupan orang seni yang sentiasa berdepan dengan persoalan tentang apa yg dia mahu dengan perhubungan yang dimilikinya. filem ini juga menarik perhatian aku kepada kehidupan di new york. filem ini adalah antara filem pertama aku tonton yang membawa subtext sebenar tentang perhubungan lelaki dan wanita. konsep pertemuan dan kehilangan dipaparkan dengan berkesan dan membawa maksud yang tersendiri. gabungan pelakon2 yang hebat yang jelas mampu membawa watak dengan berkesan dan tidak hilang tumpuan.

*filem ini memperkenalkan aku kepada mary-louise parker...(mmg comel gila la dia ni)

*filem ni la yg menimbulkan minat aku pada seni teater...

black and white...then color


sebab utama aku tonton filem ni adalah ione skye (jeniffer aniston masa tu fresh lagi...newcomer) asas filem ni biasa je. (biasa la...love story...tgk poster pun dah boleh agak) 2-3 kali aku pasang head cleaner vhs tape player aku tu (zaman vhs lagi masa tu) sebab aku ingatkan tape ni rosak...rupa2nya semua tu teknik yang diorg guna (utk intro filem ni) utk menjelaskan tentang perasaan watak2 didalam filem ini.

*filem ni byk guna quotes dlm lagu2 yg tengah top pada masa tu.
*jenn. aniston bawak watak kecil je dlm filem ni. kira takda pun takpa...

belasah!!!

filem ini cuba memberi cadangan tentang persepsi tipikal lelaki tentang perempuan. penulisan dan jalan cerita ini cuba menjelaskan apa yang terjadi pada konsep persahabatan antara lelaki apabila perempuan (perempuan yang sama) menimbulkan isu dlm persahabatan mereka.

kelakar dan original (boleh la...original) filem ini berjaya memberi pendapat tentang apa yang lelaki mahukan dan perlukan didalam perhubungan dengan perempuan.

*rasa2 aku la...filem ini mmg original. idea yg fresh. aku suka ending film ini. disebabkan ending ni la yg aku boleh ingat film ni sampai skrg.

Saturday, May 16, 2009

to be or not to be...

salah faham, perbalahan keluarga, dendam, hasrat dengki dan azam yang kuat utk mencari kebenaran adalah faktor2 yang cuba dipaparkan didalam filem ini. diadaptasi daripada penulisan william shakespeare dan ditulis semula dan diarah oleh michael Amereyda, filem ini menerangkan dengan lebih jelas tentang apa yang cuba digambarkan oleh shakespeare dengan menyesuaikannya dengan keadaan sekarang. setiap watak di bawa dengan baik dan berkesan.

*situasi dan keadaan yang digambarkan dlm filem ini mmg macam tipikal cerita hindustan.

*aku tak pernah habis baca hamlet. (original manuscript) filem ni bagi clarity utk aku faham storyline karya ni.

Thursday, May 7, 2009

rosebud...rosebud...

sudah terlalu lama aku dengar tentang filem ini. kualiti penulisan yang tinggi dan berkualiti serta pelopor teknik-teknik cinematografi yang sangat berkesan adalah antara perkara2 yang dikaitkan dengan filem ini. mengisahkan ttg keupayaan manusia utk terus berpegang kepada kepercayaan yg membentuk diri mereka. setiap watak didalam filem ini mempunyai personaliti yg tersendiri dan setiap watak yang berkait dengan watak utama mempunyai keupayaan utk menjelaskan ttg sifat2 yg ada pada setiap manusia.

walaupun 15 minit pertama filem ini agak membosankan, filem ini masih berjaya menarik kembali minat penonton utk memahami ttg maksud disebalik setiap perkara yg berlaku kepada watak utama ini.

*bagus filem ni tetapi aku tidak minat dengan cara setiap watak yg dibawa dengan terlalu bersungguh-sunguh. mungkin itu yg orson welles nak ataupun itu 'style' lakonan pada masa itu, aku rasa filem ini tidak terlalu berpegang kepada kekuatan pelakon...lebih kepada penyusunan jalan cerita dan teknik2 cinematografi yang cantik dan berkesan.

Kane: There's only one person in the world who's going to decide what I'm going to do and that's me...

Tuesday, May 5, 2009

Sex is everywhere!

tagline utk filem ini ialah 'sex is everywhere'. filem ini cuba menggambarkan tentang dinamik pandangan lelaki tentang sex dan cinta. penulisan didalam filem ini cuba mempertengahkan idea bahawa hubungan seks dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.

roger swanson (campbell scott) watak utama dalam filem ini, mempunyai teori tentang kaum hawa iaitu meraka yang hanya diperlukan untuk memuaskan nafsu dan mengisi ruang yg kosong didalam hidupnya. cinta cuma suatu perasaan yang tidak pernah menjaminkan apa2 dan tanpa disedarinya, dia terperangkap didalam perhubungan yg secara rasionalnya, tidak menjaminkan apa2 selain daripada kepuasan seks semata-mata. mungkin disebabkan pengaruh ego yang tinggi dan kemelut diri tentang usianya yang semakin meningkat, dia sudah hilang pertimbangan diri.

filem ini mempunyai teori2 yang berguna utk lelaki yang cuba memahami kehendak diri dan bagaimana cara2 yg boleh dipakai utk mendapatkan apa yg mereka perlukan dari seorang wanita. filem ini berjaya mempaparkan tentang bagaimana satu teori & tanggapan tidak mewakili apa2 apabila teori itu dikaitkan dengan perasaan manusia.

*aku suka lakonan campbell scott yang bersahaja.
*watak nick yg dilakonkan oleh jesse eisenberg sgt berkesan.

Roger: Natural selection, now that is a principle of nature, selection, something has to lose, something has to be defeated in order for something else to be selected.

Monday, May 4, 2009

the dying animal

david kapesh, watak utama dlm filem ini mempunyai idea yg bersesuaian utk dirinya tentang perkara2 yang berkaitan dengan kawalan. dia mempunyai pemahaman yg tinggi ttg perkara yg boleh dikawal. dia mengasingkan setiap perkara yg berlaku & diperlukannya kepada setiap org hadir dlm hidupnya. dia tidak percaya kepada konsep hak milik dlm perhubungan dan tanpa dia faham dan sedar bahawa masa dan manusia sentiasa berubah.

menggunakan ayat Tolstoy - "the biggest surprise in a man's life is old age", filem ini cuba merungkaikan pemahaman david kapesh ttg perhubungan dlm hidupnya. bila consuela hadir dlm hidupnya, dia tetap berpegang dgn konsep dan teori yang sudah serasi dgn hidupnya. tanpa disedarinya consuela mengisi setiap ruang yg diperlukan dlm hidupnya dan tanpa disedarinya juga, dia telah menolak consuela keluar dari ruang hidupnya. mungkin dia tidak mahu perubahan didalam hidupnya atau dia takut perasaan yang akan timbul didalam hubungannya dgn consuela akan menggubahnya hidupnya.

apabila dia sampai dipersimpangan dimana kehilangan yg dialaminya tidak lagi dapat dihiraukan, persoalan tentang masih ada lagi atau tidak masa utk dirinya berada didalam perhubungan yang melengkapkan kehendak dan keperluaan hidupnya dalam masa memahami keperluan dan kehendak diri org yg dicintainya.

filem ini menimbulkan persoalan yg penting berkaitan dengan hidup. jelas sekali manusia mampu hidup bersendirian, tetapi atas dasar apakah apabila perasaan bersendirian berubah kepada perasaan keseorangan dan menjadi penghalang utk seseorang itu hidup dengan bahagia?

*filem ini diarahkan oleh Isabel Coixet. aku percaya isabel dipilih utk menguatkan lagi gambaran ttg watak ben kingsley didalam filem ini.

* sir ben kingsley dan penelope cruz benar2 menguasai watak mereka masing2. walaupun memegang watak yg kecil, dennis hopper dan patricia clarkson berjaya menimbulkan perasaan yg tepat ttg wataknya.

David Kepesh: I think it was Betty Davis who said old age is not for sissies. But it was Tolstoy who said the biggest surprise in a man's life is old age. Old age sneaks up on you, and the next thing you know you're asking yourself, I'm asking myself, why can't an old man act his real age? How is it possible for me to still be involved in the carnal aspects of the human comedy? Because, in my head, nothing has changed.