menggunakan ayat Tolstoy - "the biggest surprise in a man's life is old age", filem ini cuba merungkaikan pemahaman david kapesh ttg perhubungan dlm hidupnya. bila consuela hadir dlm hidupnya, dia tetap berpegang dgn konsep dan teori yang sudah serasi dgn hidupnya. tanpa disedarinya consuela mengisi setiap ruang yg diperlukan dlm hidupnya dan tanpa disedarinya juga, dia telah menolak consuela keluar dari ruang hidupnya. mungkin dia tidak mahu perubahan didalam hidupnya atau dia takut perasaan yang akan timbul didalam hubungannya dgn consuela akan menggubahnya hidupnya.
apabila dia sampai dipersimpangan dimana kehilangan yg dialaminya tidak lagi dapat dihiraukan, persoalan tentang masih ada lagi atau tidak masa utk dirinya berada didalam perhubungan yang melengkapkan kehendak dan keperluaan hidupnya dalam masa memahami keperluan dan kehendak diri org yg dicintainya.
filem ini menimbulkan persoalan yg penting berkaitan dengan hidup. jelas sekali manusia mampu hidup bersendirian, tetapi atas dasar apakah apabila perasaan bersendirian berubah kepada perasaan keseorangan dan menjadi penghalang utk seseorang itu hidup dengan bahagia?
*filem ini diarahkan oleh Isabel Coixet. aku percaya isabel dipilih utk menguatkan lagi gambaran ttg watak ben kingsley didalam filem ini.
* sir ben kingsley dan penelope cruz benar2 menguasai watak mereka masing2. walaupun memegang watak yg kecil, dennis hopper dan patricia clarkson berjaya menimbulkan perasaan yg tepat ttg wataknya.

No comments:
Post a Comment