Monday, July 27, 2009

3.30 am (barangkali)

berpisah? berpisah dalam erti kata apa?

***

3.30am (masanya)

Kita berpisah barangkali?

Thursday, July 23, 2009

3.30 am (buat)

tentang apa yang benar-benar kita rasa... dimana kita berdiri dan apa maknanya semua ini. aku tidak pernah cuba untuk lepas dari pelukan ini tetapi...dari raut wajahmu, aku sedar sudah sampai masanya...

Monday, July 20, 2009

3.30am (kau)

Tubuh kita saja yang rapat, jiwa kita belum tentu. 

Semakin lama kita berpelukan. Semakin kuat andaian yang kita buat. 

Monday, July 13, 2009

3.30am (rapat)

serapat yang aku mampu untuk masa ini kerana mungkin... ini pelukan terakhirku untuk kau.

Thursday, July 9, 2009

3.30am (bermakna)

Kau pandang tembus mata aku dan kau rapatkan bibir ke telinga aku dan bisikkan "Kau hipokrit". 

Bibir aku senyum dan aku peluk kau lebih rapat. 

Monday, July 6, 2009

3.30 am (kita)

Dari renungan mata yang sedang bertentangan, terasa fikiran ini masih jauh dari kebenaran. Kebenaran yang sudah lama diseliputi keraguan. Keraguan yang menghalang kepercayaan. Kepercayaan yang makin hari makin tak bermakna.

3.30am (sentuhan ini)

Kerana kita hanya ada malam itu untuk diraikan. Malam-malam akan datang belum tentu jadi milik kita. 

Saturday, July 4, 2009

3.30am (aku)

walaupun sudah hilang kata-kata yang membawa makna yang tersendiri, nafas semakin lama semakin tenang diselimuti keindahan rasa yang tercetus dari sentuhan ini.

Friday, July 3, 2009

3.30am (seketika)

kerana malam itu seluruh alam menyaksikan dua tubuh menyatu. Kau dan aku.

Thursday, July 2, 2009

3.30am (menari-nari)

itu dan ini bertukar ganti melalui perkataan, hembus dan tarik nafas, gelak ketawa, penerangan, pembetulan, kebaikkan dan keburukan...masa dan ruang berpelukan dan semuanya seolah - olah terhenti buat seketika...

Wednesday, July 1, 2009

3.30am (gambarkan)

Malam itu seolah ada seribu bulan dan 1 bintang di atas tangan yang sedang menari-nari.

3.30 am

malam ini terlalu indah untuk aku gambarkan...