Monday, June 15, 2009

Hold me closer tiny dancer...

dari mana datangnya minat yang mendalam? pengamatan tentang sesuatu dengan terperinci? usaha yang tidak putus-putus untuk mencapai pemahaman? setiap perkara yang terjadi semestinya akan mencetuskan satu perkara dan perasaan yang baru. didalam perjalanan kehidupan yang penuh dengan peluang dan harapan, dimanakah tempat kita berdiri? adakah disuatu tempat yang mempunyai makna tersendiri untuk diri kita ataupun mempunyai tetapan yang berada didalam kebiasaan dan normal.

filem ini mencurahkan segala kemungkinan yang berkaitan dengan hati, perasaan dan jati diri. kita akan sentiasa kita. walaupun masa dan persekitaran akan sentiasa berubah, kita akan membesar dengan tanggapan dan harapan yang sama dan berubah dari apa yang kita harapkan semasa mula. setiap orang akan menempuhi masa dimana setiap apa yang telah berlaku dan membentuk diri kita akan diuji dengan perkara2 yang akan cuba menggubah tanggapan kita tentang hidup. perubahan tanggapan yang tidak semestinya akan mengubah segala aspek-aspek didalam kehidupan kita dan membentuk diri kita yang baru...yang mungkin lebih baik atau lebih buruk...ianya hanya bersifat sementara dan dalam masa-masa yang tertentu semuanya akan kembali kepada asalnya. kita masih kita...


cameron crowe telah berjaya mengambil cebisan masa lalunya dan dicampur aduk dengan imaginasinya tentang apa yang diharapkan akan membentuk setiap watak dan jalan cerita yang akan jelas mencerminkan tentang peranan musik, tanggapan dan kebenaran apabila disusun dan diolah menjadi satu karya yang sangat bagus.

keperincian tentang apa yang telah dan pernah berlaku, keserasian pelakon dengan watak dan penyusunan plot serta kualiti penulisan yang tinggi telah berjaya di paparkan didalam filem ini. didalam filem ini, cameron crowe mempunyai sentuhannya yang tersendiri dan dengan jayanya memberi penonton, peminat dan pengikut2 filem yang diarahnya menjadi filem yang wajib ditonton.

*cameron crowe - you are the golden god

* disebabkan scene akward dlm filem ni...jadi cool terus lagu ni... tiny dancer - elton john
*peter frampton compose lagu utk stillwater...mike mccready (pearl jam) provide guitar tracks