Wednesday, April 29, 2009

orthodox

"broken, dysfunctional and orthodox family circle"- wes anderson adalah pengarah yang mampu mempertengahkan dinamik hubungan anak-beranak walau dalam apa situasi sekalipun. The Darjeeling Limited membuat aku tertanya tentang dimana hubungan aku dgn adik beradik dan ibu bapa aku.

walaupun filem ini mempaparkan situasi yang selalunya mempunyai struktur pendapat yang berbeza-beza, pengarah dan penulis filem ini hanya berpegang kepada satu fakta sahaja. walau apa pun yang terjadi didalam hidup kita ini, keluarga kita masih lagi keluarga kita. kita boleh pilih utk hadir dan tidak hadir dlm situasi keluargaan tetapi keluarga kita akan sentiasa ada...samada diperlukan, memerlukan ataupun tidak...

*ada shortfilm yg diselitkan dlm filem ini. Hotel Chevalier.
*natalie portman berbogel dlm Hotel Chevalier. he he he...
*aku suka feel lagu yg digunakan dlm Hotel Chevalier. kena dgn mood situasi tu - Where Do You Go To (My Lovely) - Peter Sarstedt

single? singles...


1990'an. permulaan zaman remaja aku. musik, filem dan relationship menjadi perkara2 utama didalam pemahaman ttg apa yang aku mahu dan perlu pada masa itu. hard rock, punk rock & metal berada di kemuncak dan disebabkan terlalu banyak dan mungkin disebabkan muzik2 ini sudah terlalu tepu utk didengar dan dihayati, timbul genre baru yang tepat menggambarkan perasaan dan mencerminkan apa yang sedang berlaku dizaman itu

musik grunge menjadi pengantaraan kepada golongan remaja utk menjelaskan apa yang tersirat didalam hati mereka. remaja pada zaman itu tidak melalui perang, tidak melalui kemelesatan ekonomi yg melampau dan tidak mengalami krisis2 besar yang memerlukan kesedaran dan penglibatan global. remaja pada zaman itu hanya melalui kemelut dan krisis ttg diri mereka sendiri dan musik grunge dlm masa yg sama memberi ruang utk mereka utk meluahkan dan berkongsi tentang apa yg terbuku didalam hati mereka.

singles
- arahan cameron crowe ini mempunyai element2 yg besar ttg muzik dan relationship. penulis/pengarah filem ini berjaya menggambarkan nilai2 dan intipati perasan remaja yang membesar dan melalui zaman itu. turutan band2 yang diminati pada zaman itu, pemilihan lokasi (seattle), pelakon2 serta cameo yang disertakan dalam filem ini menjadikan filem ini antara filem yg terbaik dan yg berjaya menggambarkan tentang muzik,filem dan relationship pada zaman itu. filem ini akan sentiasa menjadi rujukan aku ttg apa yg berlaku dan pernah berlaku pada aku pada zaman itu.

*filem ini release tahun 1992. aku tonton filem ni dlm tahun 95.

*filem ni yg memperkenalkan aku pada band2 yang bagus2 seperti Pearl Jam, Smashing Pumpkins, Soundgarden,Mother Love Bone, Mudhoney, Pixies dan Alice in Chains.

*Eddie Vadder (drummer utk citizen dick), Jeff Ament, Stone Gossard (Pearl Jam) Matt Cameron (masa tu dia masih lagi dgn Soundgarden) Ben Sheperd, Kim Thyil (Soundgarden) Layne Staley (hidup lagi mamat ni masa tu), Michael Starr, Jerry Cantrell & Sean Kinney (alice in Chains) semuanya ada cameo dlm filem ni.

*lagu2 yang bagus2 dlm filem ni -
  • season - birth ritual - spoonman - chris cornell/soundgarden
  • state of love and trust - breath - pearl jam
  • drown - smashing pumpkins
  • overblown - touch me i'm dick (Touch Me I'm Sick)" - mudhoney
  • chloe dancer/crown of thorns - mother love bone
  • may this me love - jimi hendrix
  • nearly lost you - screaming trees
  • would? - alice in chains

Tuesday, April 28, 2009

the heart is a sleeping beauty


dari mana datangnya kestabilan minda? apakah asasnya? kepercayaan? pemahaman? dan apabila minda tidak stabil...kemana perginya pegangan dan rasional? dan apabila rasional hilang dari diri...bolehkah cinta wujud dalam hati?

persoalan ini timbul dari pengamatan yg diperlukan untuk mendapatkan apa yang cuba diperkatakan, dilahirkan dan dijelaskan oleh penulis dan pengarah filem ini. Semua watak didalam filem ini membawa watak yang mewakili sifat2 manusia samada yang baik ataupun buruk.

terpegun aku dengan kekuatan filem ini. kepastian yang diinginkan, mengarahkan watak utama untuk memastikan apa yang benar dan ilusi didalam hidupnya. kepastian yg dikecapi membebaskan dirinya dari kemelut yg membeban hatinya.


*"Ground beneath Her Feet" lagu tema yang tepat utk filem ini.
*pemilihan pelakon "jeremy davies & milla jovovich" yang sangat baik
*aku suka mood "dark & gloomy" filem ini.

Thursday, April 23, 2009

expectation

Semasa umur aku 12 tahun, mak & abah hantar aku ke kelas membaca dan memahami bahasa inggeris (reading & understanding English) Great Expectation, karya Charles Dickens adalah antara buku yang aku perlu baca dan faham. Jalan cerita yang tertumpu pada kehidupan di tahun 1800’an menyukarkan dan mengurangkan tumpuan aku kepada subtext penulisan dan jalan cerita ini. Dari detik itu, Great Expectation menjadi salah satu karya yang terpaksa aku tinggalkan dengan harapan mungkin akan sampainya masa nanti aku akan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Charles Dickens.

6 tahun kemudian…

Aku terbaca review ttg pembikinan filem Great Expectation. Apa yang menarik perhatian aku ttg review itu ialah walaupun filem ini dihasilkan dengan mengadaptasi karya Charles Dickens tetapi ianya tidak terlalu tepat dan seiring dgn novel itu (loosely based) dan setelah menunggu hampir satu bulan utk mendapatkan VHS filem ini (ya…aku lalui zaman VHS…sewa RM 8 utk seminggu) akhirnya dapat juga aku tonton filem ini.

Setelah selesai menonton filem ini, baru aku benar-benar memahami kenapa karya ini diangkat sebagai antara karya terbaik sepanjang zaman. dengan jelas aku dapat memahami subtext yang cuba dibawa oleh penulis. Sifat2 dan ciri2 kemanusiaan yang dipertengahkan dan dipersoalkan menjadikan jalan cerita ini sentiasa boleh diterima pakai. Charles Dickens cuba mempersoalkan tentang cinta, maruah, harapan, jangkaan, kemaafan dan penerimaan. Manusia sentiasa jatuh kedalam ruang-ruang kehidupan tanpa pemahaman yang tepat. Tiada siapa pun yang benar2 faham tentang cinta tetapi cinta telah menjadi asas kepada kehidupan manusia. Manusia sentiasa mementingkan maruah tanpa memahami maruah perlu datang dari diri sendiri bukan dari mata orang lain. Hampir semua orang percaya yang meraka di takdirkan untuk sesuatu tanpa benar2 memahami kepercayaan dan usaha adalah lebih penting dari hanya melepaskan semua kepada takdir. Penulis dengan jelas mempertengahkan pendapat beliau tentang harapan dan jangkaan adalah antara perkara-perkara bijak dan dalam masa yang sama, perkara bodoh yang mampu dilakukan dan sentiasa diulangi oleh hampir setiap manusia. penulis juga cuba mempertengahkan tentang kemaafan dan penerimaan akan sentiasa wujud dalam diri setiap manusia. Semuanya akan menjadi jelas dengan keizinan masa dan kerelaan untuk menerima segala yang terjadi dalam kehidupan ini dengan hati yang terbuka.

Filem ini membuka minda aku untuk menambah dan mempertingkatkan usaha untuk benar-benar memahami apa yang benar-benar tersirat di setiap kejadian didalam ruang-ruang kehidupan aku ini. aku percaya dengan usaha untuk memahaminya, mungkin aku akan nampak dengan jelas tentang siapa diri aku sebenar-benarnya.

*Ethan Hawke, Gwyneth Paltrow, Anne Bancroft, Chris Cooper dan Robert de Niro berjaya menguasai watak2 dalam cerita ini dengan bantuan dan arahan Alfonso Cuaron.

*aku suka dgn watak uncle joe yang dibawa oleh Chris Cooper. Sifat-sifat kemanusian yang dibawa sangat tepat dan berkesan.

*smashing pumpkins - adore dihasilkan pada tahun 1998. Seiring dengan filem ini. aku sangkut pada track 13 - Behold! The Nightmare. aku rasa, secara kebetulan, lagu ini macam ada kaitan dengan jalan cerita filem ini.


Loss and Love


Seorang perempuan yang kehilangan suami akibat satu pembunuhan. Seorang adik lelaki yang kehilangan kakak yang mati dibunuh dengan kejam. Mereka mungkin berbeza dalam segalanya, tetapi mereka sama dalam satu perkara iaitu memahami perasaan 'kehilangan'. Apabila bertemu, mereka merasakan bahawa seoalah-olah sebelah bahu yang sudah terkulai, disambut, dipasang dan diletakkan kembali di tempat asal. Bagi mereka itu cinta : Memahami. 

Tapi sejauhmanakah memori kehilangan itu boleh terhapus terus dalam kehidupan? Tragedi hitam yang pernah menghantui hidup menyebabkan setiap pergerakkan untuk bergerak ke hadapan itu terbatas. Untuk istilah yang kita namakan 'move on' itu adakah benar-benar 'move on'? Atau cinta yang kononnya kita faham sebagai cinta hanya sekadar escapism untuk keluar dan berehat sebentar untuk merasa keindahan pelangi, kemudian kembali melihat semula mendung hitam. 

Setiap memori sama ada hitam atau putih, ia tetap ada. Sebab dia telah tercipta. Dia tak pernah hilang. Melainkan kita mahu ia hilang. Hampir tiada manusia yang mahu terus hidup dan dihenyak oleh kenangan pahit, tetapi ada yang mahu terus di situ. Kerana mungkin kenangan pahit itu adalah yang paling manis pernah dia ada. 

Personal Effects lakonan Michelle Pfeiffer dan Ashton Kutcher buat aku melihat bagaimana untuk menghargai setiap memori yang hadir dalam hidup. Juga bagaimana belajar untuk pulih daripada igauan mimpi-mimpi sedih yang pernah hinggap dalam lipatan sejarah kehidupan. Dan menganggap kehilangan sebagai suatu ketentuan. Yang pasti akan tumbuh pertemuan lain, demi pertemuan. Yang menjanjikan kebahagian. 

Jangan pernah merasa kehilangan. Kerana kita tak pernah kehilangan apa-apa. 

*Bonus : SOT dalam filem ini kena cari. Meruntun jiwa. Juga jika mahu lihat watak perempuan tua yang hot. Michelle Pfeiffer hot gila! Aku juga terpesona. 

"This is more about waiting for someone you know will never come back. About that time spent waiting. And the people you meet in the waiting room" - my fave quote in personal effect