
Semasa umur aku 12 tahun, mak & abah hantar aku ke kelas membaca dan memahami bahasa inggeris (reading & understanding English) Great Expectation, karya Charles Dickens adalah antara buku yang aku perlu baca dan faham. Jalan cerita yang tertumpu pada kehidupan di tahun 1800’an menyukarkan dan mengurangkan tumpuan aku kepada subtext penulisan dan jalan cerita ini. Dari detik itu, Great Expectation menjadi salah satu karya yang terpaksa aku tinggalkan dengan harapan mungkin akan sampainya masa nanti aku akan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Charles Dickens.
6 tahun kemudian…
Aku terbaca review ttg pembikinan filem Great Expectation. Apa yang menarik perhatian aku ttg review itu ialah walaupun filem ini dihasilkan dengan mengadaptasi karya Charles Dickens tetapi ianya tidak terlalu tepat dan seiring dgn novel itu (loosely based) dan setelah menunggu hampir satu bulan utk mendapatkan VHS filem ini (ya…aku lalui zaman VHS…sewa RM 8 utk seminggu) akhirnya dapat juga aku tonton filem ini.
Filem ini membuka minda aku untuk menambah dan mempertingkatkan usaha untuk benar-benar memahami apa yang benar-benar tersirat di setiap kejadian didalam ruang-ruang kehidupan aku ini. aku percaya dengan usaha untuk memahaminya, mungkin aku akan nampak dengan jelas tentang siapa diri aku sebenar-benarnya.
*Ethan Hawke, Gwyneth Paltrow, Anne Bancroft, Chris Cooper dan Robert de Niro berjaya menguasai watak2 dalam cerita ini dengan bantuan dan arahan Alfonso Cuaron.
*aku suka dgn watak uncle joe yang dibawa oleh Chris Cooper. Sifat-sifat kemanusian yang dibawa sangat tepat dan berkesan.
*smashing pumpkins - adore dihasilkan pada tahun 1998. Seiring dengan filem ini. aku sangkut pada track 13 - Behold! The Nightmare. aku rasa, secara kebetulan, lagu ini macam ada kaitan dengan jalan cerita filem ini.
No comments:
Post a Comment